Isnin, 28 Disember 2015

SELAMATKAH BEKAS MAKANAN ANAK-ANAK ANDA?

Sekolah akan kembali lagi. Pasti ada antara ibu bapa yang menyediakan bekalan makanan dari rumah untuk anak-anak ke sekolah. Membawa bekalan makanan merupakan satu amalan yang baik disamping menjamin kualiti makanan yang akan dimakan oleh anak-anak ia juga boleh menjimatkan wang ibu bapa. Namun begitu, perkara yang selalu dipandang mudah adalah pemilihan bekas makanan untuk anak-anak untuk dibawa ke sekolah. Ada juga isesetengah ibu bapa amat cerewet dalam pemilihan bekas makanan. Ini adalah untuk memastikan anak-anak kita tidak mengalami keracunan akibat tersalah pilih bekas makanan.
Terdapat empat perkara utama yang perlu kita ambil perhatian tentang aspek keselamatan bekas makanan kepada kanak-kanak.


1. PILIH BEKAS MAKANAN TERTUTUP.
        Sekiranya anda bekalkan makanan untuk anak-anak ke sekolah, sila pilih bekas makanan yang tertutup. Pastikan bekas makanan itu boleh ditutup rapat kerana dapat menghalang pencemaran serangga seperti semut, lalat dan sebagainya.

2. BEKAS MAKANAN YANG SELAMAT
        Sebagai ibu yang bertanggungjawab, anda seharusnya memilih bekas makanan yang diperbuat daripada bahan yang selamat. Contohnya, bekas makanan plastik dengan kod tertentu perlulah dipastikan terlebih dahulu sebelum mengisi makanan. Ini kerana terdapat bekas makanan yang hanya boleh diguna pakai sekali sahaja dan ada yang boleh digunakan berulang kali.

3. ELAK GUNA BEKAS MAKANAN YANG BERBAHAYA
        Bekas makanan yang diperbuat daripada kaca sememangnya tidak sesuai untuk kegunaan kanak-kanak kerana sifatnya yang mudah pecah. Bekas kaca hanya sesuai digunakan untuk kegunaan dapur dan di rumah. Pengunaan bekas kaca untuk bekal naka-anak adalah sangat tidak praktikal.

4. JAGA KEBERSIHAN BEKAS MAKANAN
        Sentiasa pastikan bekas makanan anak-anak anda dicuci bersih setelah digunakan. Jangan biarkan makanan bsi dalam bekas makanan berkenaan selama berhari-hari keran ia kan menimbulkan bau yang kurang menyenangkan. Selain itu, ia juga tidak terjamin dari segi kesihatan jika kita menggunakannya sekali lagi.


Perlu diingat, bekas makan cantik dan menarik bukan jaminan ia selamat digunakan.


Dipetik dari majalah keluarga 2012

Sabtu, 26 Disember 2015

Peringkat Tingkahlaku Bahasa Yang Ditunjukkan Oleh Bayi (infant)

sumber imej : google
Ibu bapa perlu mengetahui peringkat umur anak-anak (bayi) menunjukkan reaksi atau pun bahasa. Secara umumnya bayi menunjukkan tingkahlaku berbahasa secara berperingkat mengikut purata umur:

  • 12 minggu       - memberi senyuman bila bercakap dengan membunyikan suara. 
  • 16 minggu       - memalingkan kepala bertindakbalas kepada suara orang. 
  • 20 minggu       - membunyikan vokal dan konsonan bila bersuara. 
  • 6 bulan            - suara bertukar kepada membunyikan suara seperti bercakap. 
  • 8 bulan            - patah perkatan diulang ( ma, ma). 
  • 12 bulan          - memahami beberapa perkataan: bercakap sedikit. 
  • 18 bulan          - boleh menghasilkan sehingga 50 perkataan.
  • 24 bulan          - mempunyai perbendaharaan kata lebih daripada 50 perkataan; menggunakan 2                           perkataan.
  • 30 bulan          - perbendaharaan kata meningkat kepada beberatus perkataan; menggunakan                                 rangkaikata 2 hingga 5 perkataan.
  •  48 bulan         - menguasai kebanyakan aspek asas bahasa.

Selasa, 22 Disember 2015

AKTIVITI YANG BOLEH DILAKUKAN UNTUK MERANGSANG DAN MEMUPUK KREATIVITI ANAK.


Pelbagai aktiviti boleh dilakukan bagi merangsang perkembangan otak dan kreativiti anak. Bagaimana kreativiti terbentuk adalah apabila sel-sel otak mula berhubung, menghubungkan idea-idea seterusnya membentuk idea yang baru.

Dibawah ini saya ingin berkongsi aktiviti yang bagus untuk mencungkil dan menggilap kreativiti anak kita.


Anak-anak tekun mendengar cerita


  1. MERANGSANG KREATIVITI ANAK DENGAN BERCERITA



Bercerita adalah aktiviti yang menarik untuk anak.

Selain memberi banyak hikmah dan pengetahuan tanpa rasa diri mereka diajar, anak-anak boleh berlatih berimaginasi serta belajar banyak perbendaharaan kata.

Ibu bapa boleh bercerita sebelum anak-anak tidur. Pada masa lain, galakkan anak-anak menceritakan semula cerita kita itu.

Beri juga peluang kepada anak-anak bagi menceritakan apa yang berlaku kepada mereka, apa sahaja yang mereka alami pada hari itu.

Apabila anak-anak bercerita, tunjukkan respons positif supaya mereka merasakan kemampuan mereka dalam berkomunikasi dapat menarik perhatian orang lain.

Apabila keyakinan diri ini lahir, anak akan dapat berkarya dengan baik.


 2. MENGEMBANGKAN KREATIVITI ANAK DENGAN MELUKIS


Sediakan kertas, alat melukis, dan alat-alat tulis di rumah. Jadi anak-anak dapat melukis pada bila-bila masa sahaja.

Melukis tidak semestinya dibuat di atas kertas. Sesekali, minta anak melukis di atas objek seperti tong sampah ataupun pasu bunga.

Kita juga boleh memberikan anak-anak pengalaman melukis yang berbeza dengan melukis menggunakan berus gigi lama, putik kapas, batang ais krim, kapas, kain perca, ataupun jari.

Berikan anak kebebasan meluahkan perasaan dan idea mereka. Melukis dan mewarnakan sesuatu yang tidak lazim, seperti mewarnakan laut dengan warna merah ataupun melukis rumah di atas awan adalah tidak salah.

Pada dasarnya, anak sedang berimaginasi.

Tugas kita adalah menyokongnya.

Tanyakan kepada anak-anak mengapa mereka memilih warna itu ataupun melukis seperti itu supaya kita tahu alasan disebalik lukisannya.

Beri respons positif, tidak kira bagaimana pun hasil lukisannya. Sesekali pamerkan gambar itu bagi menunjukkan penghargaan kita.



3. MELAKUKAN AKTIVITI BERLAKON

Anak-anak yang suka berkhayal mempunyai khayalan yang tinggi, suka berlakon, suka memanfaatkan masa dengan fikiran-fikiran imaginative, dan memiliki kecenderungan yang lebih kreatif.

Buatkan cerita yang sederhana tetapi menarik dan cabar anak-anak bagi melakonkannya.

Contohnya cerita tentang pelayaran kapal laut. Minta anak menjadi nakhoda dan kita menjadi penumpangnya.

Gunakan kerusi dirumah serta kain yang dibentangkan seperti kapal.

Tanyakan kepada anak, ‘Tuan Nakhoda, hari ini kita mahu berbuat apa?’ ataupun ‘Tuan Nakhoda, apa yang akan tuan hamba lakukan bagi menyelamatkan kami?’.

Beri cabaran seperti kapal ombak yang besar  ataupun serangan ikan jerung di sekeliling kapal. Aktiviti seperti ini dapat melatih kreativiti anak-anak dalam menyelesaikan masalah, selain daripada kecerdasan keseluruhannya.


4. MEMBUAT MAINAN SENDIRI


kreativiti anakLatih anak-anak bagi menghasilkan permainan sendiri yang menggunakan benda-benda yang ada disekeliling kita.

Contohnya, membuat kereta mainan dengan menggunakan kulit limau bali, senapang dengan menggunakan pelepah pisang, roket dengan menggunakan botol lama ataupun rumah menggunakan kotak.

Ada banyak contoh karya yang boleh dibuat berasaskan benda-benda yang ada di sekitar kita. Kita Cuma perlu lebih rajin dan kreatif membelek dari pelbagai sumber bacaan untuk melihat contohnya.

Jika anda ada akaun pinterest, disitu ada banyak sumber contoh untuk melihat model permainan buatan sendiri untuk anak-anak.



5. BERMAIN JIGSAW PUZZLE

Selain daripada membeli, jigsaw puzzle juga boleh dibuat sendiri.

Cari gambar dalam surat khabar ataupun majalah lama. Gunting gambar dan tampal di atas kertas tebal. Selepas itu, gunting menjadi beberapa bahagian.

Sesuaikan tahap kesulitan jigsaw puzzle dengan usia anak.

Menyatukan kepingan-kepingan gambar menjadi gambar yang lengkap akan membantu mengembangkan cara berfikir anak-anak.


6. MENYUSUN BLOK-BLOK SEPERTI LEGO

Dalam permainan ini, anak-anak digalakkan membina bangunan dengan blok-blok yang berlainan bentuk dan saiz.

Ini menjadikan daya imaginasi dan kepandaian istimewa anak-anak terangsang.

Prinsip bermainan Lego sebenarnya sama dengan bermain blok tetapi bentuk yang dihasilkan oleh Lego lebih banyak dan pelbagai.

Ada juga permainan menyusun lain seperti kereta mainan model Tamiya, kapal terbang, dan robot yang boleh dipasang sendiri.



7. MEMPAMERKAN HASIL KERJA ANAK

Kita boleh mewujudkan suasana yang menampilkan karya-karya anak di rumah.

Masukkan karya-karya mereka ke dalam bingkai-bingkai yang menarik. Kita juga boleh mempamerkan karya-karya ini semasa berlangsungnya majlis dirumah seperti kenduri ataupun jamuan.

Ini akan membuatkan anak-anak berasa dihargai dan menambah keyakinan serta semangat mereka untuk terus berkarya.



8. BERI ANAK BERMAIN TANAH LIAT DAN PLASTISIN

Ajak anak-anak bermain dengan tanah liat atau plastisin lalu menghasilkan bentuk-bentuk yang menarik.

Ibu bapa hanya perlu mengajar anak-anak cara menggunakan dan membentuknya. Kemudian beri anak-anak kebebasan bagi membentuk apa sahaja yang mereka mahu.


Anak-anak bermain dengan cat warna

9. AKTIVITI MENCAMPUR CAT ATAU WARNA

Sediakan cat air daripada warna-warna utama iaitu merah, kuning, dan biru.

Kemudian minta anak mencampurkannya dan tanyakan kepadanya warna yang dihasilkan. Selain mengandungi unsur seni, aktiviti ini juga merangsang kecerdasan visual.

Untuk anak yang berusia kurang daripada tiga tahun, ibu bapa harus mendampingi mereka semasa bermain cat supaya perkara-perkara yang tidak diingini terhindar daripada berlaku.


10. BERSENAM DAN MENARI

Melalui aktiviti ini, anak-anak belajar mengawal badan dan otak bagi menghasilkan gerakan yang sesuai dengan muzik.

Sebagai permulaan, biarkan anak-anak melakukan gerakan sendiri.

Selepas mereka dapat mengikuti muzik dengan baik, baru kita ajarkan gerakan baru namun elakkan terlalu memaksa.

Sesuaikan gerakan itu dengan usia anak.

Selepas itu, lihat bagaimana anak-anak mengubahsuai sendiri gerakan-gerakan itu mengikut kesukaran mereka.



11. BERMAIN DENGAN BOLA


Reka permainan menggunakan bola, seperti melempar dan menangkap bola, menendang bola, memasukkan bola ke dalam keranjang, ataupun memukul bola.

Perkara yang perlu diperhatikan adalah tahap kekerasan bola itu mesti disesuaikan dengan usia anak-anak.

Contohnya, untuk anak yang berusia bawah satu tahun, kita boleh menggunakan belon yang berbentuk bola.



12. BERMAIN MUZIK

Bermain muzik tidak semestinya menggunakan alat-alat muzik sahaja.

Kita boleh menggunakan benda-benda yang ada di rumah bagi menghasilkan bunyi-bunyian. Contohnya menggunakan botol, tin, kuali, cerek, piring, gelas dan lain-lain.



13. BERIMAGINATIF MEMBENTUK KOMUNIKASI YANG UNIK

Gunakan tangan untuk berkomunikasi dengan cara yang unik, lucu serta menarik.

Kita boleh menggunakan anak patung tangan ataupun benda-benda yang kita bayangkan suatu objek. Contohnya botol sebagai orang, pencedok air sebagai helicopter, kasut sebagai kereta, topi keledar sebagai kura-kura, dan sebagainya.

Selain menyeronokkan, cara komunikasi seperti ini juga dapat membangkitkan imaginasi anak-anak. Daripada imaginasi inilah anak-anak menghasilkan pelbagai idea kreatif.

 - Artikel daripada tudungsicomel.com

Isnin, 21 Disember 2015

6 TIPS UNTUK ANAK-ANAK ANDA MAKAN SARAPAN PAGI.




Saya pasti ibu bapa sedar tentang kepentingan mengambil sarapan pagi terutamanya kepada anak-anak sebelum mereka ke sekolah. Tetapi apa yang menjadi masalah adalah kesibukan dan masa yang amat terbatas yang di alami oleh ibu bapa untuk menyiapakan sarapan anak-anak ke sekolah. Dengan kesibukan ibu bapa untuk mengejar masa “punch card” supaya tidak dicatat warna merah menyebabkan masa untuk menyediakan sarapan pagi tergadai. Seperti semua orang terlalu sibuk untuk duduk sekejap menikmati sarapan yang berkhasiat.

Di sini ini saya cuba petik berkenaan kajian yang melibatkan 5,000 pelajar yang berusia  9 hingga 11 tahun meliputi 100 buah sekolah rendah di South Wales, UK yang dikendalikan oleh Cardiff university. Para penylidik mendapati daripada skor penilaian guru, pelajar yang mengambil sarapan pagi lebih mendapat keputusan yang lebih dua kali ganda berbanding pelajar yang tidak makan sarapan pagi. Para penyelidik juga mendapati pelajar yang memakan makanan yang berkhasiat mendapat nilai skor pencapaian akademik yang lebih bagus.

Saintis sosial mengatakan satu penyelidikan yang disiarkan dalam jurnal pemakanan kesihatan awam, menunjukkan bukti kuat berdasarkan amalan pemakanan yang berkhasiat dengan pecapaian akademik yang bagus di kalangan kanak-kanak.

Ramai penyelidik mengatakan bahawa pengambilan sarapan pagi secara konsisten adalah berkait rapat dengan kesihatan umum dan hubungkait adalah sudah nyata dan jelas.

Terdapat dua cara untuk anak-anak mendapatkan sarapan pagi yang berkhasiat. Sama ada di rumah atau di sekolah yang menyediakan sarapan pagi. Bagi kebanyakan sekolah rendah di Negara Malaysia terdapat program Rancangan Makanan Tambahan (RMT) yang diperuntukkan oleh pihak kerajaan kepada kanak-kanak yang terpilih.

Bagi kanak-kanak ynag memakan sarapan pagi di rumah sebelum ke sekolah. Di sini terdapat tips-tips yang disarankan oleh pakar nutrisi. Bukan sahaja untuk kebaikan anak-anak malah kepada seluruh keluarga anda.


  • Cuba untuk TIDAK menggalakkan anak-anak memakan pada snek lewat malam kerana boleh mengurangkan selera makan anak-anak untuk sarapan pagi.
  • Cuba mendapatkan segala-galanya siap malam sebelum. Ini bermakna mempunyai jadual ditetapkan dan mempunyai makanan yang sedia untuk menyediakan atau sedia untuk dimakan. 
  • Jika keluarga anda tidak telah makan sarapan pagi, anda mungkin mahu untuk memulakan dengan suatu versi lebih kecil yang mudah disediakan, menarik dan berkhasiat dan mengubahnya secara beransur-ansur. 
  • Menetap penggera anda untuk tambahan 10 hingga 15 minit lebih awal supaya anda mempunyai banyak masa untuk menyediakan dan makan sarapan pagi. 
  • Apabila melihat bahawa semua orang berpakaian dan bersedia untuk sekolah sebelum anda duduk untuk sarapan pagi. Sebaiknya anda mengambil sedikit masa menerangkan kebaikan tentang sarapan pagi secara ringkas sebelum anda berjalan keluar pintu supaya semua orang bersedia untuk memulakan hari mereka secara positif. 
  • Akhirnya, menjadi teladan yang baik. Kanak-kanak sering mengikut atau meniru tingkah laku ibu bapa mereka.

(artikel ini telah di salin dan diterjemahkan semula)

Ibu bapa perlu sedar tentang kebaikan sarapan pagi bukan sahaja untuk anak-anak supaya kekak cergas dan cerdas di sekolah atau melakukan aktiviti seharian. Malah kita sebagai orang dewasa perlu sarapan pagi untuk tenaga kita menjalankan aktiviti seperti bekerja di pejabat atau di rumah. Makanan yang berkhasiat membantu badan kita kekal cergas sentiasa.
Sekadar sedikit perkongsian daripada saya hari ini. OK!

Sabtu, 19 Disember 2015

KENALI PENYAKIT TANGAN, KAKI DAN MULUT (HFMD)!

Cabaran berkenaan masalah kesihatan anak-anak kepada pengusaha atau pihak taska, pusat asuhan, tadika atau day care centre adalah penyakit PENYAKIT TANGAN, KAKI DAN MULUT (HFMD)!. Ini kerana, di taska atau seumpanya RISIKO untuk merebaknya penyakit berjangkit tersebut adalah tinggi.

Namun begitu, ALHAMDULILLAH syukur kepada Allah S.W.T sepanjang saya mengusahakan Taska First Qalam saya atau belum pernah menghadapi dengan masalah penyakit HFMD di kalangan anak-anak jagaan saya secara KRONIK.
Namun, saya sedar risiko ini tetap ada. Oleh yang demikian, saya dan seluruh pengusaha taska telah mengambil langkah berhati-hati untuk mengelak dan menangani penyakit ini muncul dan merebak di taska.

Okay, sebelum itu. Mari kita kenali apa itu PENYAKIT TANGAN, KAKI DAN MULUT (HFMD)
HMFD adalah salah satu penyakit berjangkit yang biasa dialami oleh kanak-kanak. Penyakit ini disebabkan oleh virus yang dikenali sebagai ‘enterovirus’ meliputi Coxsackie Virus A16 (Cox A16) dan enterovirus 71 (EV 71).  Penularan penyakit atau virus HFMD adalah melalui sentuhan langsung dengan cecair hidung, air liur , lepuh (EV 71) dan najis kanak-kanak yang dijangkiti serta sentuhan pada permukaan dan alatan permainan yang tercemar dengan virus HFMD.

HFMD
HMFD


TANDA-TANDA PENYAKIT HFMD

Kanak-kanak YANG DIJANGKITI akan menunjukkan satu atau tanda seperti mengalami :-
- Demam
- Luka (ulser) di mulut
- Lepuh di tapak tangan dan kaki

 Ianya selalu berlaku di kalangan kanak-kanak kecil berumur kurang dari 10 tahun. Penyakit ini cepat menular dengan kadar hampir 100% di kalangan kanak-kanak kecil. Masa inkubasi adalah 3 ke 6 hari.
Masa yang paling bahaya (infectious) adalah dalam masa yang singkat sebelum dan selepas gejalanya timbul. Gejala penyakit ini ialah demam, ruam (maculopapular / vesicle) di tapak tangan dan kaki, ulser di mulut dan lidah, serta gejala dan tanda-tanda jangkitan saluran pernafasan atas (URTI). Virus ini terdapat di dalam kerongkong dan najis, dan ia merebak secara faecal-oral serta kontak dengan air liur dan najis mereka yang berpenyakit.
 Hampir keseluruhan pesakit yang mengidap penyakit HFMD pulih dengan sendiri. Namun, ada segelintir jankitan HFMD yang disebabkan oleh jangkitan EV 71 boleh menyebabkan komplikasi radang otak dan jantung.

Bagi memastikan langkah-langkah kawalan dan pencegahan yang diambil supaya berkesan. Kemeterian Kesihatan Malaysia menyarankan agar ibu bapa atau penjaga mengikuti panduan berikut:


  1. Menjaga diri dan persekitaran. Penularan jangkitan HFMD sangat berkait rapat dengan amalan kebersihan diri dan persekitaran. Di mana ia mudah berlaku di tempat-tempat sesak serta mutu kebersihan yang rendah.
  2. Ibu bapa atau penjaga perlu membawa kanak-kanak yang mempunyai gejala HFMD ke hospital dan klinik untuk mendapatkan rawatan segera. TIDAK DIGALAKKAN membawa anak-anak tersebut ke tempat awam termasuk sekolah dan pusat jagaan kanak-kanak.
  3. Pengurus pusat jagaan kanak-kanak perlu menjalankan aktiviti pembersihan premis dan saringan terhadap kanak-kanak di bawah jagaan mereka seperti mana yang disarankan dalam ‘Garis Panduan Pengendalian Kanak-kanak di Taska dan Prasekolah’ serta ‘Pelan Tindakan Bersepadu Bagi Mencegah dan Mengawal Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut’.

Anak-anak adalah tanggungjawab kita sebagai ibu bapa. Kesihatan mereka menjadi keutamaan pihak kami.


Jumaat, 18 Disember 2015

KESIHATAN : KEPERLUAN DIET UNTUK KANAK-KANAK

Apabila disebut berkenaan "diet", apa yang pasti terlintas adalah " jangan makan banyak" atau
"jangan makan lemak". Sebenarnya diet ialah pemakanan yang seimbang. Oleh itu, bukan orang dewasa malah kanak-kanak memerlukan diet yang seimbang.

Diet yang seimbang diperoleh supaya memastikan anak-anak mendapat semua nutrien bagi
tumbesaran dan perkembangan yang optimum. Satu cara yang paling baik ialah memastikan anak mengambil
pelbagai jenis makanan yang mengandungi semua jenis kumpulan makanan
Diet dan nutrisi makanan untuk kanak-kanak adalah cabaran kepada ibubapa masa kini.
Kanak-kanak hari ini terdedah kepada pelbagai iklan yang menarik. Kombinasi warna, ilustrasi
serta pilihan karektor kartun kegemaran menjadi pilihan pengiklan makanan ini.
Kebanyakkan makanan yang diiklankan ini mengandungi kandungan gula dan garam yang berlebihan.

Secara asasnya, tubuh anak-anak memerlukan makanan yang mempunyai elemen berikut untuk
membantu pertumbuhan dan perkembangan fizikal dan minda mereka.
makanan seimbang
piramid makanan seimbang


KARBOHIDRAT

Sumber :-
- Nasi, bijirin atau makanan yang berasaskan produk bijirin.

Khasiat :-
- sumber tenaga untuk bermain dan belajar.

Saranan :-
- Karbohidrat komplek iaitu makanan berkanji sebagai sumber tenaga kerana ia mengenyangkan
  dan rendah kandungan lemak.


PROTEIN

Sumber :-
- Daging tanpa lemak, ikan, ayam,telur, kacang dan produk kacang (contoh tauhu, tempe, fucuk)

Khasiat :-
- Membina tisu bagi anak-anak yang sedang membesar.

Saranan :-
- Sekurang-kurangnya dua hidangan susu atau hasil tenusu ( seperti keju dan yogurt) untuk
  sumber kalsium bagi pertumbuhan dan pembinaan tulang serta gigi.


LEMAK, GARAM, GULA

Sumber :-
- Lemak, Minyak, Garam dan Gula
- Lemak yang baik untuk membantu pertumbuhan kanak-kanak boleh didapati melalui
  Omega-3 ( tuna, sardin, salmon, kacang) dan Omega-6 (Jagung, avokado, badam).

Khasiat :-
- Lemak dan minyak penting sebagai sumber asid lemak dan vitamin larut lemak
 (seperti Vitamin A, D, E, K)
- Garam atau sodium juga nutrien yang sangat penting untuk fungsi otot dan kardiovaskular.
- Gula adalah sumber tenaga segera.


Saranan :-

- Pengambilan lemak dan minyak berlembihan serta garam dan gula tidak digalakkan
  kerana ia menjadi puca anak hilang selera makan dan mencetuskan beberapa masalah kesihatan.

VITAMIN DAN MINERAL

Saranan dan khasiat:-
- Anak-anak perlu digalakkan makan lebih banyak buah-buaha dan sayur-sayuran untuk mendapatkan
  vitamin, mineral dan serat.
- Vitamin dan mineral sangat pentinguntuk melancarkan pelbagai fungsi tubuh ;
- Serat membantu mencegah anak-anak anda daripada sembelit dan mengurangkan mendapat
  penyakit tertentu.

Contoh Pelan Pemakanan

Berikut adalah contoh pelan pemakanan untuk kanak-kanak

  • Pagi = Secawan Cornflakess, kismis, badam & susu Snack Pilihan.
  • Tengahari = Nasi, ayam & sayuran Snack Pilihan.
  • Malam = Roti Pita, fillet ikan dan sayuran.


Untuk memastikan kanak-kanak mendapat keperluan makanan yang secukupnya,
anda boleh sediakan ‘snack’ yang berkhasiat untuk mereka nikmati.
Buah, susu dan badam sesuai untuk mereka nikmati.

Anda boleh menggunakan kreativiti anda dalam  menyediakan hidangan yang bersesuaian. sekarang terdapat hidangan seperti "bento" yang menjadi pilihan kerana kelihatan menarik dari segi rupa dan warnanya. Cuma ibu bapa perlu bijak dalam mengawal kandungan nutrisi di dalam penyedian makanan yang berkonsep tersebut.
Hidangan yang sihat ini tidak sepatutnya membebankan anda dari segi kewangan
mahupun masa untuk menyediakannya.


Khamis, 17 Disember 2015

KESELAMATAN ANAK-ANAK SEMASA BANJIR



Banjir di Kelantan 2014



Seperti kelaziman, setiap hujung tahun maka musim tengkujuh pasti berkunjung ke negara kita.
Hujan dan banjir tidak dapat dipisahkan dengan musim ini. Sama ada, bencana itu datang dengan
skala kecil atau luar biasa.

Pada tahun 2014, negeri-negeri di pantai timur terutamanya Kelantan mengalami
bencana banjir yang amat luar biasa. Banjir sememang satu tragedi yang sukar dibendung dan
hakikatnya, bencana ini sentiasa berlaku dan akan terus terjadi di negara kita.

Pada tahun ini 2015, beberapa buah negeri sedang dilanda banjir. Bencana ini berlaku kepada setiap negeri di Malaysia saban tahun. Apabila menyentuh perihal banjir.
Perkara utama yang sering difikirkan oleh kita adalah keselamatan diri sendiri dan ahli keluarga.
Golongan kanak-kanak adalah satu kelompok yang perlu diberikan perhatian yang serius.
Ini kerana, anak-anak hanya sekadar mengetahui KESERONOKAN untuk bermain air. Pengalaman sayapada tahun 2014, melihat ramai anak-anak bermain air seakan-akan pesta. Tidak ketinggalan ibu bapa turut membawa anak-anak mereka untuk "menziarahi" kawasan bencana. Pastikan bahawa kita sebagai ibu bapa tidak mudah leka dan lalai kerana insiden yang buruk tidak bisa kita ramal sama sekali. Namun, perkara yang buruk mungkin dapat dielakkan sekiranya kita berwaspada dan mengambil langkah-langkah yang sewajarnya. Seterusnya kita serahkan kepada Allah S.W.T kerana dia Maha Berkuasa di atas segala kejadian.



"Majlis Keselamatan Negara (MKN) menasihati ibu bapa supaya mengawasi anak-anak mereka dan tidak membiarkan mereka bermain air ketika musim banjir ini."


Ibu bapa perlu sentiasa bersedia dan juga mengawasi gerak-geri anak-anak untuk mengelakkan insiden yang burdaripada berlaku.

Di sini saya ingin berkongsi langkah-langkah keselamatan untuk anak-anak semasa banjir.

  • Awasi dan pantau pergerakan anak-anak sepanjang masa. Jangan biarkan mereka bermain     bersendirian di luar rumah.
  • Jangan biarkan anak-anak mengunjungi kawasan banjir secara berseorangan atau berkumpulan.
  • Awasi anak-anak agar tidak menghampiri tiang elektrik yang tumbang atau kabel elektrik yang terputus  serta tidak menghampiri kawasan yang dinaiki air hingga mencecah kabel elektrik sama ada voltan rendah atau voltan tinggi kerana dikhuatiri masih mengalirkan elektrik.
  • Ibu bapa dinasihat tidak meredah air banjir sambil mendukung anak-anak, kerana dikhuatiri akan dibawa arus.
  • Jangan biarkan anak-anak meminum air banjir atau makanan yang dicemari air banjir
  • Sekiranya terdapat simptom-simptom seperti demam, segeralah berjumpa doktor.
  • Ibu bapa perlu peka dengan situasi banjir dan sentiasa mendapat maklumat daripada pihak berkuasa.


Ini sedikit tips tentang langkah-langkah keselamatan yang boleh kita amalkan semasa banjir demi
keselamatan anak-anak kita.

Yang penting bukan harta benda
tetapi nyawa kita dan keluarga selamat.

Selasa, 15 Disember 2015

KELEBIHAN IBU BAPA DALAM MENDIDIK ANAK

PEMBELAJARAN PERTAMA ANAK ADALAH DARI IBU BAPA

Taska First Qalam Childcare


PENDIDIKAN bermula sejak anak itu dilahirkan. Ketika pada tahun-tahun yang pertama, adalah sangat penting dan masa yang sangat tepat apabila disebut sebagai tahun-tahun yang akan menentukan kehidupannya kelak.

Sayangnya, sebahagian ibu bapa mengabaikan pentingnya masa anak-anak meskipun masa ini amat penting. Ini kerana, pada umur begini anak-anak ini berkeadaan amat bersih. Ramai ibu bapa yang berpendapat bahawa anak-anak TIDAK MEMAHAMI ataupun BELAJAR sesuatu. Ibu bapa dengan selamba mengucapkan kata-kata kotor, bahasa yang kasar dan maki hamun di hadapan anak. Sesungguhnya, semua itu akan terukir di dalam hati dan fikiran anak.

Oleh sebab itu, ibu bapa perlulah selalu mengucapkan kata-kata yang baik dan membicarakan hal-hal yang baik di depan anak-anak. Pada ketika, ibu bapa memainkan peranan yang besar dalam mempengaruhi fikiran anak-anak. Setiap gerak laku dan tutur bicara ibu bapa akan terakam di dalam hati dan minda anak.

Ibu bapa perlu selalu mencurahkan perhatiannya terutama kepada aspek pendidikan Islam. Jika akidah Islam dibicarakan siang dan malam di depan anak, maka akidah Islam akan terukir ke dalam jiwanya yang masih murni sehingga akidah Islam tidak akan terhapus daripada jiwanya, bahkan sehingga anak mencapai usia dewasa.

Rasulullah S.A.W bersabda bahawa iman dan yakin perlulah ditanam kepada anak-anak semenjak bayi, ketika mereka masih berada di dalam buaian.

Apabila pendidikan dan pengajaran agama diberikan semenjak kecil, apabila anak itu menjadi dewasa tentu dia akan memahami hak-haknya terhadap ibu bapa dan saudara-saudaranya yang lebih tua dan dia akan menghormati mereka.
Sesungguhnya, ibu bapa akan menjadi contoh dan ikutan anak-anaknya. Anak-anak mula belajar pada seawal usia masih bayi. Sebagai ibu bapa cubalah menjadi atau memberikan contoh teladan yang elok dan terpuji di depan anak-anak.


Ahad, 6 Disember 2015

Jom Kembali Ke Sekolah!!



Assalamualaikum w.b.t.



Tahun 2015 bakal melabuhkan tirainya..hanya beberapa hari sahaja akan muncul tahun 2016..
Muncul tahun baru , bermakna alam persekolah akan kembali.          Yeah..... Back To School!!          ini bermakna cuti sekolah dah habis!!! 

Untuk negeri Kelantan, Terengganu dan Johor . Sekolah akan kembali dibuka pada 3hb Januari 2016. Manakala lain-lain negeri pada 4hb Januari 2016.
Tentu para mommy and daddy sudah sedia maklumkan.!Sekarang ini, tentu para ibu-ibu hatta bapa-bapa sibuk mencari kelengkapan untuk persekolahan anak-anak yang tercinta.Sana-sini gedung membeli-belah sibuk menjalankan PROMOSI besar-besaran yang menawarkan HARGA terbaik untuk barangan keperluan persekolahan anak-anak. Dalam sibuk membeli, di harap ibu bapa dapat meluangkan sedikit masa untuk membuat perbandingan harga. Al-maklumlah, takut ada yang terkena! Dalam keghairahan membeli cuba selidik harganya juga ye!
Ibubapa mungkin telah bersedia untuk menyediakan peruntukan perbelanjaan yang sewajarnya.Bagi ibu bapa yang berkemampuan (dari segi kewangan) , tidak menjadi masalah untuk membuat persediaan.Tapi..bagaimana nasib pada mereka yang kurang berkemampuan..Pening jugak jawabnya..!Tambah-tambah lagi sekiranya anak ini adalah yang pertama menjejak kaki ke sekolah.iaitu Darjah 1..
Antara kelengkapan awal yang perlu dibeli:-


  1. Baju sekolah - Kemeja/Kurung - sekurangnya 2 pasang
  2. Seluar/ skirt - sekurangnya 2 pasang jugak yer
  3. Kasut- memadai sepasang.. percaya tak.. pada pertengahan tahun, anda terpaksa membeli sepasang yang baharu pulak.. 
  4. Beg Sekolah- satu cukup je
  5. Stokin- lebih baik beli 2 pasang
  6. Alat-alat tulis :- Pensil., pembaris, pemadam, pensil warna.... Sebaiknya beli secara bundle. lagi jimat..
  7. Buku tulis biasanya termasuk dalam yuran sekolah ( Eh.. sekolah mana ada yuran daa)..
  8. Seluar Sukan- track suit






Itu merupakan sebahagian daripada persiapan untuk anak-anak memasuki alam persekolahan mereka. Sebagai Ibu bapa rancangkan perbelanjaan untuk mereka. Kerana , salah satu kegembiraan anak-anak adalah mendapat barangan ke sekolah seperti yang diingankan mereka. Maklumlah, dunia sekarang ini.. kalau kawan mereka ada beg "Frozen" tentu anak-anak mahukan juga. Kalau anak-anak hendak miliki pencil box Batman tentu ada kawan sekelohnya ingin juga.

Jumpa nanti pada awal persekolahan..