Selasa, 9 Februari 2016

Tips Bercerai Lampin.


Lampin adalah keperluan untuk bayi sehinggalah ke usia kanak-kanak. Kebiasaanya ibu bapa menggunakan lampin pakai buang kerana ia lebih mudah dan senang diuruskan. Bagaimanapun ramai juga yang memilih clothe diapers untuk anak-anak mereka.
‘Bercerai lampin’...Itulah perkataan yang selalu kita gunakan bagi merujuk usaha ibu bapa untuk menghentikan kebergantungan anak terhadap lampin. Ada yang anaknya sudah berusia enam tahun tetapi masih memakai lampin terutamanya pada sebelah malam. Jadi, ramai ibu bapa yang mencari jalan bagaimana untuk melatih si kecil ini agar ‘bercerai lampin’ seawal yang boleh.
Saya cuba cari tips-tips untuk berkongsi bersama-sama. Mungkin ia tidak lengkap tetapi ibu bapa boleh mencuba beberapa kaedah yang saya sertakan ini.



1. Jangan marah anak-anak apabila mereka terkecing.

- Ketika kali pertama, ibu bapa tidak memakaikan mereka lampin. Tentu mereka tidak biasa untuk kencing, dan pastinya mereka terkencing. Sebagai ibu , kita perlu banyak bersabar dan seeloknya cuba menahan marah.

2. Kerap bertanya mereka tentang kencing.

- Pada permulaannya , kita perlu kerap bertanya kepada mereka atau tak dalam 10-15 minit . kemudiaan cuba jarakkan dalam 20minit sekali.

3. Ajar dengan melakukan bunyi

- Cara ini agak berkesan kerana anak-anak mudah memahami dengan isyarat bunyi. Semasa nak mandi atau mengajar untuk mencangkung di dalam bilik air/toilet, ajar anak untuk kencing. Boleh buat bunyi “ssyyhh, ssyyhh, ssyyhhh”. Dengan cara  ini anak akan faham yang sewaktu mandi kena kencing siap-siap.

4. Rancang masa untuk melatih anak-anak.

- Mungkin sesi latihan ini mengambil masa samada 3 hari ataupun seminggu ataupun sebulan.Yang pasti jika sesi latihan ini Berjaya berikan pujian ataupun peluk cium ataupun senyuman kat anak untuk menghargai anak

5. Alihkan tikar atau permaidani yang tebal.

- Semasa anak-anak dilatih tidak memakai lampin, sebaiknya kita boleh menyimpan permaidani yang tebal-tebal atau yang sukar di cuci buat sementara waktu. Gunakan tikar yang mudah di cuci dan senang diuruskan.


6. Pemakaian lampin di waktu malam.

-       Pada awal proses, kita boleh meneruskan pemakaian lampin untuk anak-anak. Perlahan-lahan kita kita menjadikan mereka bersedia sepenuhnya untuk tidak memakai lampin.

7. Hadiahkan seluar dalam yang cantik dan menarik

- Apabila anak-anak kita telah berjaya untuk kencing di tandas sebolehya kita hadiahkan mereka seluar dalam yang menarik seprti ada gambar kartun/ watak kegemaran  mereka sebagai rangsangan dan membantu rasa teruja mereka untuk terus berdikari.

8. Pastikan stok lampin tiada di rumah.

Supaya proses bercerai lampin ini lebih cepat , pastikan kita tiada lampin pakai buang tiada lagi disimpan di rumah.

Dalam proses bercerai lampin. Lazimnya, kanak-kanak tidak suka dipaksa. Sebaliknya, mereka lebih rela dan mudah dididik sekiranya keinginan untuk belajar sesuatu yang baharu itu lahir sendiri dalam dirinya. Jika terus dipaksa, si kecil mungkin akan menunjukkan reaksi protes atau memberontak. Jadi, pendekatan psikologi harus diguna pakai dalam usaha mendidik anak-anak menuju ke alam lebih dewasa ini.

Dalam proses mendidik anak-anak ini, yang paling utama adalah kesabaran. Diharap sedikit perkongsian ini memberi manfaat pada kita.

Tiada ulasan :

Catat Ulasan