Khamis, 11 Februari 2016

ANAK KURANG BERAT BADAN.

OBJEKTIF PERTAMBAHAN BERAT BADAN ANAK-ANAK


Sebagai ibu bapa yang prihatin terhadap perkembangan tumbesaran anak-anak, semestinya kita cukup prihatin kepada berat badan anak-anak. Setiap ibu bapa mahukan anak-anak mereka membesar dengan sihat dan mencapai indek jsim badan (BMI) yang ideal.

Pemeriksaan BMI untuk anak-anak telah dijalankan di kesemua klinik-klinik dan hospital kerajaan, pastinya doktor akan menayakan beberapa perkara kepada ibu sekiranya anak tidak mencapai tahap BMI yang ideal. Silap-slap kita ni yang kena bebel dengan si doktor.
Masalah kekukarangan berat badan di kalangan kanak-kanak agak kurang dibincangkan berbanding dengan masalah obesity. Ini kerana tanggapan mudah bagi kita ialah, anak membesar dengan secara normal maka dia dalam keadaan sihat tanpa kita pedulikan sama ada berat mereka itu sesuai atau tidak dengan ketinggian, usia atau jantina.
Kekurangan berat badan bukan bermaksud langsing  ataupun kurus. Ada segelintir kanak-kanak yang kurus tetapi dia tidak mengalami kekurangan berat badan. Kekurangan berat badan dikaitkan dengan masalah pemakanan, kesihatan dan emosi.

Saya petik artikel majalah Wanita keluaran Oktober 2013 beberapa tips untuk menambah berat anak-anak. 


  1. Menggalakkan anak-anak mengambil kalori yang lebih. Mulakan dengan merancang hidangan dan snek yang berkalori mengikut kumpulan makan daripada Panduan Piramid Makanan Malaysia.
  2. Adalah penting bagi anak anda mengambil protein, karbohidrat serta lemak dengan secukupnya untuk membekalkan tenaga untuk aktiviti, tumbesaran dan perkembangan.
  3. Galakkan aktiviti fizikal sebagai rutin harian. Sekiranyan anak anda aktif bermain, pastikan dia berehat sekurang-kurangnya 15 minit sebelum waktu makan.
  4. Elakkan memberi anak-anak makan makanan yang mempuyai kandungan gula yang tinggi seperti gula-gula, minuman ringan ataupun makanan tinggi kandungan lemak dari kedai makan segera.
  5. Hadkan pengambilan snek sebelum waktu makan kerana amalan ini akan mengurangkan selera makan.
  6. Elakkan pengambilan kafein, galakkan minuman berkhasiat seperti jus dan susu.
  7. Pilih makanan yang digemari oleh anak-anak

Contoh cadangan makanan.

Sekiranya anak anda mempunyai masalah berat badan, dinasihkatkan dapatkan nasihat doctor atau pakar nutrisi. Doktor mungkin mengesyorkan lawatan ke klinik yang kerap untuk memantau perkembangan anak anda. Gunakan kesempatan ini untuk memperoleh maklumat berat badan anak anda.

Berat badan sihat adalah berat badan yang dibekalkan secara sihat dengan memastikan kanak-kanak cukup zat, aktif dan mempunyai perasaan positif terhadap tubuh badan dan saiz mereka.

Tiada ulasan :

Catat Ulasan