Khamis, 11 Februari 2016

TIPS MEMBERI PUJIAN DAN GALAKAN KEPADA ANAK-ANAK


  • Tanamkan azam untuk sentiasa memuji anak anda. Pujian ibu bapa membantu anak-anak meninggikan maruah dan rasa keyakinan diri. Fikirkan tentang ciri-ciri personaliti yang anda mahu tanamkan di dalam diri anak anda. Galakan anak anda untuk menjadi seorang yang bertanggungjawab, bertimbang rasa dan menghormati orang lain.

  • Pujilah segala pencapaian tertentu anak anda. Si kecil akan berasa teruja apabila mengetahui bahawa anda gembira dengan apa yang telah dibuat dan dilakukannya. Seorang kanak-kanak akan berasa bangga dan bebas apabilaanda menyokong penuh segala kemampuannya untuk berdikari.

  • Elakkan membuat perbandingan atau komen negatif. Jangan memuji anak anda dengan mengkritik kanak-kanak lain, seperti ."Adik lakukan kerja ini jauh lebih baik daripada Aiman." Juga elakkan daripada berkata-kata, "Ya, lukisan ini cantik, tapi takkan ni saja?" Pujilah mereka dengan ikhlas dan dengan cara yang membina dan positif sesuai dengan kemampuan dan umur mereka.



dipetik dari www.ehow.com

ANAK KURANG BERAT BADAN.

OBJEKTIF PERTAMBAHAN BERAT BADAN ANAK-ANAK


Sebagai ibu bapa yang prihatin terhadap perkembangan tumbesaran anak-anak, semestinya kita cukup prihatin kepada berat badan anak-anak. Setiap ibu bapa mahukan anak-anak mereka membesar dengan sihat dan mencapai indek jsim badan (BMI) yang ideal.

Pemeriksaan BMI untuk anak-anak telah dijalankan di kesemua klinik-klinik dan hospital kerajaan, pastinya doktor akan menayakan beberapa perkara kepada ibu sekiranya anak tidak mencapai tahap BMI yang ideal. Silap-slap kita ni yang kena bebel dengan si doktor.
Masalah kekukarangan berat badan di kalangan kanak-kanak agak kurang dibincangkan berbanding dengan masalah obesity. Ini kerana tanggapan mudah bagi kita ialah, anak membesar dengan secara normal maka dia dalam keadaan sihat tanpa kita pedulikan sama ada berat mereka itu sesuai atau tidak dengan ketinggian, usia atau jantina.
Kekurangan berat badan bukan bermaksud langsing  ataupun kurus. Ada segelintir kanak-kanak yang kurus tetapi dia tidak mengalami kekurangan berat badan. Kekurangan berat badan dikaitkan dengan masalah pemakanan, kesihatan dan emosi.

Saya petik artikel majalah Wanita keluaran Oktober 2013 beberapa tips untuk menambah berat anak-anak. 


  1. Menggalakkan anak-anak mengambil kalori yang lebih. Mulakan dengan merancang hidangan dan snek yang berkalori mengikut kumpulan makan daripada Panduan Piramid Makanan Malaysia.
  2. Adalah penting bagi anak anda mengambil protein, karbohidrat serta lemak dengan secukupnya untuk membekalkan tenaga untuk aktiviti, tumbesaran dan perkembangan.
  3. Galakkan aktiviti fizikal sebagai rutin harian. Sekiranyan anak anda aktif bermain, pastikan dia berehat sekurang-kurangnya 15 minit sebelum waktu makan.
  4. Elakkan memberi anak-anak makan makanan yang mempuyai kandungan gula yang tinggi seperti gula-gula, minuman ringan ataupun makanan tinggi kandungan lemak dari kedai makan segera.
  5. Hadkan pengambilan snek sebelum waktu makan kerana amalan ini akan mengurangkan selera makan.
  6. Elakkan pengambilan kafein, galakkan minuman berkhasiat seperti jus dan susu.
  7. Pilih makanan yang digemari oleh anak-anak

Contoh cadangan makanan.

Sekiranya anak anda mempunyai masalah berat badan, dinasihkatkan dapatkan nasihat doctor atau pakar nutrisi. Doktor mungkin mengesyorkan lawatan ke klinik yang kerap untuk memantau perkembangan anak anda. Gunakan kesempatan ini untuk memperoleh maklumat berat badan anak anda.

Berat badan sihat adalah berat badan yang dibekalkan secara sihat dengan memastikan kanak-kanak cukup zat, aktif dan mempunyai perasaan positif terhadap tubuh badan dan saiz mereka.

Selasa, 9 Februari 2016

Tips Bercerai Lampin.


Lampin adalah keperluan untuk bayi sehinggalah ke usia kanak-kanak. Kebiasaanya ibu bapa menggunakan lampin pakai buang kerana ia lebih mudah dan senang diuruskan. Bagaimanapun ramai juga yang memilih clothe diapers untuk anak-anak mereka.
‘Bercerai lampin’...Itulah perkataan yang selalu kita gunakan bagi merujuk usaha ibu bapa untuk menghentikan kebergantungan anak terhadap lampin. Ada yang anaknya sudah berusia enam tahun tetapi masih memakai lampin terutamanya pada sebelah malam. Jadi, ramai ibu bapa yang mencari jalan bagaimana untuk melatih si kecil ini agar ‘bercerai lampin’ seawal yang boleh.
Saya cuba cari tips-tips untuk berkongsi bersama-sama. Mungkin ia tidak lengkap tetapi ibu bapa boleh mencuba beberapa kaedah yang saya sertakan ini.



1. Jangan marah anak-anak apabila mereka terkecing.

- Ketika kali pertama, ibu bapa tidak memakaikan mereka lampin. Tentu mereka tidak biasa untuk kencing, dan pastinya mereka terkencing. Sebagai ibu , kita perlu banyak bersabar dan seeloknya cuba menahan marah.

2. Kerap bertanya mereka tentang kencing.

- Pada permulaannya , kita perlu kerap bertanya kepada mereka atau tak dalam 10-15 minit . kemudiaan cuba jarakkan dalam 20minit sekali.

3. Ajar dengan melakukan bunyi

- Cara ini agak berkesan kerana anak-anak mudah memahami dengan isyarat bunyi. Semasa nak mandi atau mengajar untuk mencangkung di dalam bilik air/toilet, ajar anak untuk kencing. Boleh buat bunyi “ssyyhh, ssyyhh, ssyyhhh”. Dengan cara  ini anak akan faham yang sewaktu mandi kena kencing siap-siap.

4. Rancang masa untuk melatih anak-anak.

- Mungkin sesi latihan ini mengambil masa samada 3 hari ataupun seminggu ataupun sebulan.Yang pasti jika sesi latihan ini Berjaya berikan pujian ataupun peluk cium ataupun senyuman kat anak untuk menghargai anak

5. Alihkan tikar atau permaidani yang tebal.

- Semasa anak-anak dilatih tidak memakai lampin, sebaiknya kita boleh menyimpan permaidani yang tebal-tebal atau yang sukar di cuci buat sementara waktu. Gunakan tikar yang mudah di cuci dan senang diuruskan.


6. Pemakaian lampin di waktu malam.

-       Pada awal proses, kita boleh meneruskan pemakaian lampin untuk anak-anak. Perlahan-lahan kita kita menjadikan mereka bersedia sepenuhnya untuk tidak memakai lampin.

7. Hadiahkan seluar dalam yang cantik dan menarik

- Apabila anak-anak kita telah berjaya untuk kencing di tandas sebolehya kita hadiahkan mereka seluar dalam yang menarik seprti ada gambar kartun/ watak kegemaran  mereka sebagai rangsangan dan membantu rasa teruja mereka untuk terus berdikari.

8. Pastikan stok lampin tiada di rumah.

Supaya proses bercerai lampin ini lebih cepat , pastikan kita tiada lampin pakai buang tiada lagi disimpan di rumah.

Dalam proses bercerai lampin. Lazimnya, kanak-kanak tidak suka dipaksa. Sebaliknya, mereka lebih rela dan mudah dididik sekiranya keinginan untuk belajar sesuatu yang baharu itu lahir sendiri dalam dirinya. Jika terus dipaksa, si kecil mungkin akan menunjukkan reaksi protes atau memberontak. Jadi, pendekatan psikologi harus diguna pakai dalam usaha mendidik anak-anak menuju ke alam lebih dewasa ini.

Dalam proses mendidik anak-anak ini, yang paling utama adalah kesabaran. Diharap sedikit perkongsian ini memberi manfaat pada kita.