Selasa, 5 Januari 2016

TIP ANAK BELAJAR MAKAN SENDIRI

Peringkat tumbesaran bayi sememangnya mengujakan para ibu bapa. Bermula dengan peringkat merangkak hinggalah pandai berlari. Namun, yang lebih mengujakan apabila mereka boleh makan dengan sendiri.


Bayi anda akan berminat untuk makan sendiri lama sebelum dia dapat berbuat demikian dengan cekap. Tidak kira bagaimana kotor keadaan ini, bersedialah untuk keadaan bayi anda comot dengan makanan yang bertaburan pada bajunya, rambutnya dan di atas lantai. Berapa lama waktu makan disebabkan olehnya, galakkan sebanyak mungkin.

Ini merupakan langkah pertama  yang sebenar untuk makan sendiri. Amalkan sikap tenang pada waktu makan. Jika bayi anda menganggap  waktu itu sebagai saat yang menarik dan seronok, kemungkinan anda akan kurang menghadapi masalah tentang makanan dan pemakanan pada masa hadapan.

PADA USIA TUJUH BULAN

Bayi anda akan berusaha untuk makan sendiri pada usia ini, namun tidak cukup koordinasi dalam memasukkan semua makanan yang diperlukannya kedalam mulut. Suapkan makanan ke dalam mulutnya. Biarkan dia bermain dengan makanannya. Makanan yang berlumuran pada muka mungkin kelihatan kotor, tetapi ini merupakan langkah pertama dalam usahanya makan sendiri.
Sediakan kain yang bersih untuk mengelapnya setelah dia selesai makan. Berikan juga pelbagai makanan jejari yang banyak. Makanan ini mudah dikendalikan. Oleh itu, dia akan bertambah yakin dan cekap.


PADA USIA LIMA BELAS BULAN

Anak anda akan berusaha  sebaik mungkin untuk makan sendiri dengan menggunakan sudu atau garfu dengan cabang yang bulat. Oleh itu, potong makanannya menjadi kepingan bersaiz boleh gigit. Pada hari tertentu, dia mungkin memerlukan bantuan anda.

TIPS MUDAHKAN BAYI MAKAN


  • Dia akan berasa lapar pada permulaan waktu makan. Letak mangkuk di luar jangkauannya dan suapkannya dengan sudu
  • Apabila anda telah memuaskan kelaparannya, biarkan dia mengambil bahagian tetapi teruskan juga suapan.
  • Bayi anda mungkin leka dalam keseronokan mencelup jari ke dalam mangkuk dan menolak makanan ke dalam mulutnya sehingga dia hilang minat terhadap anda yang memberinya makanan dengan sudu. Sekiranya dia masih lapar, dia akan menangis dan menggeliat kecewa kerana tidak adapat memasukkan makanan dengan cukup pantas ke dalam mulutnya. Olej itu, suapkan beberapa sudu makanan lagi. Jika tidak, biarlah dia berlatih dengan kemahiran tersebut.
  • Jika dia menjangkau sudu, sediakan dua batang sudu pada satu masa. Isikan dengan makanan dan letakkan ke dalam mangkuk supaya dia dapat mengangkat sudu itu. Letakkan juga yag satu lagi untuk digunakan apabila sudunya terbalik ketika dia hendak memasukkan sudu yang pertama ke dalam mulutnya. Apabila ini berlaku, masukkan sudu anda dalam mangkuk dan isikan semula sudunya supaya dia boleh mencuba lagi.
  • Sediakan sudu yang bersih untuk digunakan sekiranya sudunya terjatuh ke lantai.


sumber : majalah keluarga feb 2014

Tiada ulasan :

Catat Ulasan