Selasa, 19 Januari 2016

TIPS DALAM MENDIDIK ANAK-ANAK SUPAYA TIDAK MANJA, KERAS KEPALA DAN MAMPU BERDIKARI.

Dalam kehidupan berkeluarga, setiap ibu bapa tentu mengharapkan anak-anaknya dapat membesar menjadi anak-anak yang baik, dapat dibanggakan dan mempunyai karakter atau sifat-sifat yang positif dalam segala hal. Kebanyakan ibu bapa akan melakukan segalanya demi membahagiakan anak-anak mereka dengan memberikan segalanya yang mereka inginkan, namun ternyata hal ini tidak selalu baik dalam proses mendidik anak. Banyak anak yang dibiasakan hidup dengan selesa dan tidak pernah merasa sukar dalam hidupnya cenderung menjadi manja dan tidak dapat berdikari. Sebagai ibu bapa, kita perlu berhati-hati dalam pengasuhan anak pada masa perkembangannya kerana setiap didikan kita dapat berpengaruh besar bagi kehidupan sang anak di masa depan. Berikut adalah tips bagaimana mendidik anak dengan baik agar tidak manja, keras kepala dan dapat menjadi berdikari.


1. Jangan menuruti semua keinginan anak

Walaupun anda sangat menyayangi anak anda, menuruti semua keinginannya bukanlah cara mendidik anak dengan sebenarnya. Tindakan tersebut hanya akan membuat anak anda menjadi anak yang manja dan selalu bergantung kepada orang lain. Jika sejak kecil anak sudah dimanjakan dengan mengikuti semua keinginannya, nampak pada masa hadapannya anak itu akan menjadi anak yang tidak mampu berdikari dan malas kerana selalu menagnggap ibu bapanya yang akan memberikan semua yang diinginkannya. Biasakanlah anak anda untuk berusaha mengerjakan tugas mereka sendiri agar mereka dapat belajar bertanggung jawab untuk diri mereka sendiri.

2. Jangan terlalu banyak melarang

Perasaan ingin tahu anak terhadap dunianya sering kali membuat mereka ingin mencuba melakukannya secara terbuka. Ibu bapa menjadi takut jika terjadinya perkara-perkara buruk kepada anak-anak.Lazimnya kebanyakan ibu bapa membuat larangan atau batasan terhadap suatu hal yang boleh membahayakan anak. Larangan hanya membuat rasa penasaran bagi anak untuk melakukannya dan dapat menjadikan anak berbohong kepada orang tuanya. Komunikasi dua arah adalah solusi terbaik untuk mengingatkan anak alih-alih melarang anak melakukan hal-hal yang ingin mereka lakukan. Beri tahu mereka tentang risiko yang mungkin terjadi dan mintalah anak-anak supaya berhati-hati.

3. Ajar anak untuk tidak berbohong

Jangan sekali-kali memberikan contoh pada anak anda untuk berbohong. Ajar mereka untuk selalu terbuka tentang keadaannya dalam segala hal, baik atau buruk untuk mereka dihadapinya. Jangan membiasakan anak anda bersikap tertutup atau berselindung perasaan mereka terhadap anda. Dengan cara ini, anda sudah mendidik anak anda untuk bertindak jujur dalam kehidupannya.

4. Jangan sekali-kali menghukum dengan kekerasan fizikal yang keterlaluan.

Sering kali anda sebagai ibu bapa merasa marah atau kesal terhadap sikap atau kelakuan anak-anak anda yang negatif , dan mudah untuk membuat anak menjadi serik adalah dengan hukuman secara fizikal. Salah satu contoh tindakan hukuman fizikal yang sering dilakukan kebanyakan ibu bapa adalah memukulnya. Sama ada dengan menggunakan tangan, kaki atau benda-benda lainnya yang dapat anda gunakan untuk memukul anak anda. Hal tersebut sama sekali tidak dibenarkan. Jika anda memiliki anak kecil dan ketika mereka melakukan suatu kesalahan, anda dapat memberi tahu secara baik-baik dengan bahasa yang mudah difahami oleh mereka tanpa memberikan hukuman fizikal dan jika anda memiliki anak yang usianya mungkin sudah beranjak remaja atau sudah mengerti keadaan, anda boleh menerapkan sistem disiplin terhadap mereka. Kekerasan fizikal hanya akan membuat jiwa anak anda terluka, bukan hanya fizikal atau tubuh mereka yang terluka. Dan itu akan memberi impak negatif pada pertumbuhan jasmani dan emosi mereka. Hukuman fizikal dalam bentuk apapun hanya akan menakutinya dan akan membuat anak semakin tidak menghormati anda, menjadi keras kepala dan memberontak terhadap anda.

5. Kasih dan perhatian

Seorang anak akan merasa selesa dan bahagia apabila ibu bapa mereka menunjukkan kasih dan perhatian pada saat anak memang memerlukan hal itu. Sifat peduli ibu bapa dalam hal sekecil apapun boleh membantu  dalam mendidik anak. Perhatian bukan bermakna berbicara , berbual tentang bagaimana anda sebagai ibu bapa boleh memberikan  barang-barang kesukaan anak, tetapi juga dalam tindakan, misalnya yang dapat anda lakukan adalah ketika anak anda belajar, saat itulah anda boleh menunjukkan perhatian dan kasih anda dengan cara menemani mereka, walaupun hanya sekadar duduk di sebelah mereka. Dengan demikian anak anda akan lebih bersemangat dalam belajar dan apabila ada kesulitan, anda dapat membantu anak menyelesaikannya.
Menjadi ibu bapa adalah tugas dan tanggung jawab yang mulia. Jadilah ibu bapa yang dapat dibanggakan oleh anak anda. Didiklah anak anda dengan baik, maka anak anda akan memberikan sukacita bagi anda dan keluarga.
Artikel ini telah dialih bahasa. Dipetik daraipada laman sesawang keluarga.com.


Isnin, 18 Januari 2016

EMPAT PANDUAN PENGALAMAN PRASEKOLAH YANG MENGGEMBIRAKAN

Sudah hampir tiga minggu anak-anak memasuki alam persekolahn. Bagi ibu bapa yang mempunyai anak-anak 
yang pertama kali memasuki alam pra sekolah mungkin masih lagi ada perasaan sedikit gelisah
berkaitan minat dan keinginan mereka untuk meneruskan persekolahan mereka.

Di sini saya ambil tips dari perkongsian Abbot Nutrition International untuk panduan kita sebagai ibu bapa.

1. Amalkan sikap yang ingin diterapkan ke dalam diri anak-anak.

Sebagai ibu bapa, berhati-hatilah dengan sikap yang anda pamerkan. Bertuturlah dengan bahasa yang sopan untuk mengajar anak kecil anda menjadi orang yang baik. Galakkan sikap-sikap positif dengan mengajar perkara-perkara tertentu. Sebagai contoh, jangan sakiti orang lain atau katakan,  "Berhenti, awak menaykiti saya!" apabila mereka di buli.

2. Belajar bersama.

Galakkan anak kecil anda melakukan penerokaan dengan cara yang lebih baik dengan menerokai dengan cara yang lebih baik dengan menerokai dunia pembelajaran mereka secara bersama-sama. Bawa mereka menyertai lawatan sambil belajar dan terangkan bagaimana sesuatu perkara berfungsi    atau berubah mengikut peredaran masa. Luangkan masa untuk menyanyi, menulis, membaca dan juga bermain bersama-sama anak kecil anda.

3. Kongsi perasaan.

Berkongsi perasaan anda bersama anak-anak kecil dapat membantu anak-anak kecil ini meluahkan emosi dengan cara yang lebih baik, dapat mewujudkan kepercayaan dan dapat membantu mencegah   masalah sikap dalam kalangan kanak-kanak kecil ini kemudian hari.

4. Sayang dan hormat.

Memeluk erat anak kecil anda dapat membuatkan mereka sedar betapa pentingnya mereka ada dalam hidup anda. Bertanya pendapat dan harapan mereka akan membuatkan mereka berasa dihargai dan dihormati. Didik anak-anak kecil anda untuk bertanggungjawab keatas keputusan yang mereka ambil



Diharap dengan perkongsian ini dapat membantu ibu bapa mendapat tips untuk mendidik anak-anak
yang tersayang.

Selasa, 5 Januari 2016

TIP ANAK BELAJAR MAKAN SENDIRI

Peringkat tumbesaran bayi sememangnya mengujakan para ibu bapa. Bermula dengan peringkat merangkak hinggalah pandai berlari. Namun, yang lebih mengujakan apabila mereka boleh makan dengan sendiri.


Bayi anda akan berminat untuk makan sendiri lama sebelum dia dapat berbuat demikian dengan cekap. Tidak kira bagaimana kotor keadaan ini, bersedialah untuk keadaan bayi anda comot dengan makanan yang bertaburan pada bajunya, rambutnya dan di atas lantai. Berapa lama waktu makan disebabkan olehnya, galakkan sebanyak mungkin.

Ini merupakan langkah pertama  yang sebenar untuk makan sendiri. Amalkan sikap tenang pada waktu makan. Jika bayi anda menganggap  waktu itu sebagai saat yang menarik dan seronok, kemungkinan anda akan kurang menghadapi masalah tentang makanan dan pemakanan pada masa hadapan.

PADA USIA TUJUH BULAN

Bayi anda akan berusaha untuk makan sendiri pada usia ini, namun tidak cukup koordinasi dalam memasukkan semua makanan yang diperlukannya kedalam mulut. Suapkan makanan ke dalam mulutnya. Biarkan dia bermain dengan makanannya. Makanan yang berlumuran pada muka mungkin kelihatan kotor, tetapi ini merupakan langkah pertama dalam usahanya makan sendiri.
Sediakan kain yang bersih untuk mengelapnya setelah dia selesai makan. Berikan juga pelbagai makanan jejari yang banyak. Makanan ini mudah dikendalikan. Oleh itu, dia akan bertambah yakin dan cekap.


PADA USIA LIMA BELAS BULAN

Anak anda akan berusaha  sebaik mungkin untuk makan sendiri dengan menggunakan sudu atau garfu dengan cabang yang bulat. Oleh itu, potong makanannya menjadi kepingan bersaiz boleh gigit. Pada hari tertentu, dia mungkin memerlukan bantuan anda.

TIPS MUDAHKAN BAYI MAKAN


  • Dia akan berasa lapar pada permulaan waktu makan. Letak mangkuk di luar jangkauannya dan suapkannya dengan sudu
  • Apabila anda telah memuaskan kelaparannya, biarkan dia mengambil bahagian tetapi teruskan juga suapan.
  • Bayi anda mungkin leka dalam keseronokan mencelup jari ke dalam mangkuk dan menolak makanan ke dalam mulutnya sehingga dia hilang minat terhadap anda yang memberinya makanan dengan sudu. Sekiranya dia masih lapar, dia akan menangis dan menggeliat kecewa kerana tidak adapat memasukkan makanan dengan cukup pantas ke dalam mulutnya. Olej itu, suapkan beberapa sudu makanan lagi. Jika tidak, biarlah dia berlatih dengan kemahiran tersebut.
  • Jika dia menjangkau sudu, sediakan dua batang sudu pada satu masa. Isikan dengan makanan dan letakkan ke dalam mangkuk supaya dia dapat mengangkat sudu itu. Letakkan juga yag satu lagi untuk digunakan apabila sudunya terbalik ketika dia hendak memasukkan sudu yang pertama ke dalam mulutnya. Apabila ini berlaku, masukkan sudu anda dalam mangkuk dan isikan semula sudunya supaya dia boleh mencuba lagi.
  • Sediakan sudu yang bersih untuk digunakan sekiranya sudunya terjatuh ke lantai.


sumber : majalah keluarga feb 2014