Khamis, 17 Disember 2015

KESELAMATAN ANAK-ANAK SEMASA BANJIR



Banjir di Kelantan 2014



Seperti kelaziman, setiap hujung tahun maka musim tengkujuh pasti berkunjung ke negara kita.
Hujan dan banjir tidak dapat dipisahkan dengan musim ini. Sama ada, bencana itu datang dengan
skala kecil atau luar biasa.

Pada tahun 2014, negeri-negeri di pantai timur terutamanya Kelantan mengalami
bencana banjir yang amat luar biasa. Banjir sememang satu tragedi yang sukar dibendung dan
hakikatnya, bencana ini sentiasa berlaku dan akan terus terjadi di negara kita.

Pada tahun ini 2015, beberapa buah negeri sedang dilanda banjir. Bencana ini berlaku kepada setiap negeri di Malaysia saban tahun. Apabila menyentuh perihal banjir.
Perkara utama yang sering difikirkan oleh kita adalah keselamatan diri sendiri dan ahli keluarga.
Golongan kanak-kanak adalah satu kelompok yang perlu diberikan perhatian yang serius.
Ini kerana, anak-anak hanya sekadar mengetahui KESERONOKAN untuk bermain air. Pengalaman sayapada tahun 2014, melihat ramai anak-anak bermain air seakan-akan pesta. Tidak ketinggalan ibu bapa turut membawa anak-anak mereka untuk "menziarahi" kawasan bencana. Pastikan bahawa kita sebagai ibu bapa tidak mudah leka dan lalai kerana insiden yang buruk tidak bisa kita ramal sama sekali. Namun, perkara yang buruk mungkin dapat dielakkan sekiranya kita berwaspada dan mengambil langkah-langkah yang sewajarnya. Seterusnya kita serahkan kepada Allah S.W.T kerana dia Maha Berkuasa di atas segala kejadian.



"Majlis Keselamatan Negara (MKN) menasihati ibu bapa supaya mengawasi anak-anak mereka dan tidak membiarkan mereka bermain air ketika musim banjir ini."


Ibu bapa perlu sentiasa bersedia dan juga mengawasi gerak-geri anak-anak untuk mengelakkan insiden yang burdaripada berlaku.

Di sini saya ingin berkongsi langkah-langkah keselamatan untuk anak-anak semasa banjir.

  • Awasi dan pantau pergerakan anak-anak sepanjang masa. Jangan biarkan mereka bermain     bersendirian di luar rumah.
  • Jangan biarkan anak-anak mengunjungi kawasan banjir secara berseorangan atau berkumpulan.
  • Awasi anak-anak agar tidak menghampiri tiang elektrik yang tumbang atau kabel elektrik yang terputus  serta tidak menghampiri kawasan yang dinaiki air hingga mencecah kabel elektrik sama ada voltan rendah atau voltan tinggi kerana dikhuatiri masih mengalirkan elektrik.
  • Ibu bapa dinasihat tidak meredah air banjir sambil mendukung anak-anak, kerana dikhuatiri akan dibawa arus.
  • Jangan biarkan anak-anak meminum air banjir atau makanan yang dicemari air banjir
  • Sekiranya terdapat simptom-simptom seperti demam, segeralah berjumpa doktor.
  • Ibu bapa perlu peka dengan situasi banjir dan sentiasa mendapat maklumat daripada pihak berkuasa.


Ini sedikit tips tentang langkah-langkah keselamatan yang boleh kita amalkan semasa banjir demi
keselamatan anak-anak kita.

Yang penting bukan harta benda
tetapi nyawa kita dan keluarga selamat.

Tiada ulasan :

Catat Ulasan