Sabtu, 19 Disember 2015

KENALI PENYAKIT TANGAN, KAKI DAN MULUT (HFMD)!

Cabaran berkenaan masalah kesihatan anak-anak kepada pengusaha atau pihak taska, pusat asuhan, tadika atau day care centre adalah penyakit PENYAKIT TANGAN, KAKI DAN MULUT (HFMD)!. Ini kerana, di taska atau seumpanya RISIKO untuk merebaknya penyakit berjangkit tersebut adalah tinggi.

Namun begitu, ALHAMDULILLAH syukur kepada Allah S.W.T sepanjang saya mengusahakan Taska First Qalam saya atau belum pernah menghadapi dengan masalah penyakit HFMD di kalangan anak-anak jagaan saya secara KRONIK.
Namun, saya sedar risiko ini tetap ada. Oleh yang demikian, saya dan seluruh pengusaha taska telah mengambil langkah berhati-hati untuk mengelak dan menangani penyakit ini muncul dan merebak di taska.

Okay, sebelum itu. Mari kita kenali apa itu PENYAKIT TANGAN, KAKI DAN MULUT (HFMD)
HMFD adalah salah satu penyakit berjangkit yang biasa dialami oleh kanak-kanak. Penyakit ini disebabkan oleh virus yang dikenali sebagai ‘enterovirus’ meliputi Coxsackie Virus A16 (Cox A16) dan enterovirus 71 (EV 71).  Penularan penyakit atau virus HFMD adalah melalui sentuhan langsung dengan cecair hidung, air liur , lepuh (EV 71) dan najis kanak-kanak yang dijangkiti serta sentuhan pada permukaan dan alatan permainan yang tercemar dengan virus HFMD.

HFMD
HMFD


TANDA-TANDA PENYAKIT HFMD

Kanak-kanak YANG DIJANGKITI akan menunjukkan satu atau tanda seperti mengalami :-
- Demam
- Luka (ulser) di mulut
- Lepuh di tapak tangan dan kaki

 Ianya selalu berlaku di kalangan kanak-kanak kecil berumur kurang dari 10 tahun. Penyakit ini cepat menular dengan kadar hampir 100% di kalangan kanak-kanak kecil. Masa inkubasi adalah 3 ke 6 hari.
Masa yang paling bahaya (infectious) adalah dalam masa yang singkat sebelum dan selepas gejalanya timbul. Gejala penyakit ini ialah demam, ruam (maculopapular / vesicle) di tapak tangan dan kaki, ulser di mulut dan lidah, serta gejala dan tanda-tanda jangkitan saluran pernafasan atas (URTI). Virus ini terdapat di dalam kerongkong dan najis, dan ia merebak secara faecal-oral serta kontak dengan air liur dan najis mereka yang berpenyakit.
 Hampir keseluruhan pesakit yang mengidap penyakit HFMD pulih dengan sendiri. Namun, ada segelintir jankitan HFMD yang disebabkan oleh jangkitan EV 71 boleh menyebabkan komplikasi radang otak dan jantung.

Bagi memastikan langkah-langkah kawalan dan pencegahan yang diambil supaya berkesan. Kemeterian Kesihatan Malaysia menyarankan agar ibu bapa atau penjaga mengikuti panduan berikut:


  1. Menjaga diri dan persekitaran. Penularan jangkitan HFMD sangat berkait rapat dengan amalan kebersihan diri dan persekitaran. Di mana ia mudah berlaku di tempat-tempat sesak serta mutu kebersihan yang rendah.
  2. Ibu bapa atau penjaga perlu membawa kanak-kanak yang mempunyai gejala HFMD ke hospital dan klinik untuk mendapatkan rawatan segera. TIDAK DIGALAKKAN membawa anak-anak tersebut ke tempat awam termasuk sekolah dan pusat jagaan kanak-kanak.
  3. Pengurus pusat jagaan kanak-kanak perlu menjalankan aktiviti pembersihan premis dan saringan terhadap kanak-kanak di bawah jagaan mereka seperti mana yang disarankan dalam ‘Garis Panduan Pengendalian Kanak-kanak di Taska dan Prasekolah’ serta ‘Pelan Tindakan Bersepadu Bagi Mencegah dan Mengawal Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut’.

Anak-anak adalah tanggungjawab kita sebagai ibu bapa. Kesihatan mereka menjadi keutamaan pihak kami.


Tiada ulasan :

Catat Ulasan