Selasa, 15 Disember 2015

KELEBIHAN IBU BAPA DALAM MENDIDIK ANAK

PEMBELAJARAN PERTAMA ANAK ADALAH DARI IBU BAPA

Taska First Qalam Childcare


PENDIDIKAN bermula sejak anak itu dilahirkan. Ketika pada tahun-tahun yang pertama, adalah sangat penting dan masa yang sangat tepat apabila disebut sebagai tahun-tahun yang akan menentukan kehidupannya kelak.

Sayangnya, sebahagian ibu bapa mengabaikan pentingnya masa anak-anak meskipun masa ini amat penting. Ini kerana, pada umur begini anak-anak ini berkeadaan amat bersih. Ramai ibu bapa yang berpendapat bahawa anak-anak TIDAK MEMAHAMI ataupun BELAJAR sesuatu. Ibu bapa dengan selamba mengucapkan kata-kata kotor, bahasa yang kasar dan maki hamun di hadapan anak. Sesungguhnya, semua itu akan terukir di dalam hati dan fikiran anak.

Oleh sebab itu, ibu bapa perlulah selalu mengucapkan kata-kata yang baik dan membicarakan hal-hal yang baik di depan anak-anak. Pada ketika, ibu bapa memainkan peranan yang besar dalam mempengaruhi fikiran anak-anak. Setiap gerak laku dan tutur bicara ibu bapa akan terakam di dalam hati dan minda anak.

Ibu bapa perlu selalu mencurahkan perhatiannya terutama kepada aspek pendidikan Islam. Jika akidah Islam dibicarakan siang dan malam di depan anak, maka akidah Islam akan terukir ke dalam jiwanya yang masih murni sehingga akidah Islam tidak akan terhapus daripada jiwanya, bahkan sehingga anak mencapai usia dewasa.

Rasulullah S.A.W bersabda bahawa iman dan yakin perlulah ditanam kepada anak-anak semenjak bayi, ketika mereka masih berada di dalam buaian.

Apabila pendidikan dan pengajaran agama diberikan semenjak kecil, apabila anak itu menjadi dewasa tentu dia akan memahami hak-haknya terhadap ibu bapa dan saudara-saudaranya yang lebih tua dan dia akan menghormati mereka.
Sesungguhnya, ibu bapa akan menjadi contoh dan ikutan anak-anaknya. Anak-anak mula belajar pada seawal usia masih bayi. Sebagai ibu bapa cubalah menjadi atau memberikan contoh teladan yang elok dan terpuji di depan anak-anak.


Tiada ulasan :

Catat Ulasan