Isnin, 18 Januari 2016

EMPAT PANDUAN PENGALAMAN PRASEKOLAH YANG MENGGEMBIRAKAN

Sudah hampir tiga minggu anak-anak memasuki alam persekolahn. Bagi ibu bapa yang mempunyai anak-anak 
yang pertama kali memasuki alam pra sekolah mungkin masih lagi ada perasaan sedikit gelisah
berkaitan minat dan keinginan mereka untuk meneruskan persekolahan mereka.

Di sini saya ambil tips dari perkongsian Abbot Nutrition International untuk panduan kita sebagai ibu bapa.

1. Amalkan sikap yang ingin diterapkan ke dalam diri anak-anak.

Sebagai ibu bapa, berhati-hatilah dengan sikap yang anda pamerkan. Bertuturlah dengan bahasa yang sopan untuk mengajar anak kecil anda menjadi orang yang baik. Galakkan sikap-sikap positif dengan mengajar perkara-perkara tertentu. Sebagai contoh, jangan sakiti orang lain atau katakan,  "Berhenti, awak menaykiti saya!" apabila mereka di buli.

2. Belajar bersama.

Galakkan anak kecil anda melakukan penerokaan dengan cara yang lebih baik dengan menerokai dengan cara yang lebih baik dengan menerokai dunia pembelajaran mereka secara bersama-sama. Bawa mereka menyertai lawatan sambil belajar dan terangkan bagaimana sesuatu perkara berfungsi    atau berubah mengikut peredaran masa. Luangkan masa untuk menyanyi, menulis, membaca dan juga bermain bersama-sama anak kecil anda.

3. Kongsi perasaan.

Berkongsi perasaan anda bersama anak-anak kecil dapat membantu anak-anak kecil ini meluahkan emosi dengan cara yang lebih baik, dapat mewujudkan kepercayaan dan dapat membantu mencegah   masalah sikap dalam kalangan kanak-kanak kecil ini kemudian hari.

4. Sayang dan hormat.

Memeluk erat anak kecil anda dapat membuatkan mereka sedar betapa pentingnya mereka ada dalam hidup anda. Bertanya pendapat dan harapan mereka akan membuatkan mereka berasa dihargai dan dihormati. Didik anak-anak kecil anda untuk bertanggungjawab keatas keputusan yang mereka ambil



Diharap dengan perkongsian ini dapat membantu ibu bapa mendapat tips untuk mendidik anak-anak
yang tersayang.

Tiada ulasan :

Catat Ulasan